Sunday, 4 December 2011

cinta pertama dan terakhir.

Aku anak pertama dari tiga adik beradik perempuan.Berasal dari Melaka.Kami anak yatim.Ayah meninggal dunia semasa aku berumur 12 tahun.Dia mengidap penyakit kanser.Ibu bersusah payah membela kami selepas kematian ayah.Ibu hanya berkerja sebagai penoreh getah.Nasib baik kami ada kebun peninggalan ayah.Setiap hari selepas subuh ibu akan menoreh getah dikebun yang bersebelahan rumah.Aku akan membantunya dihari Sabtu dan Ahad.Sedih aku melihat ibu waktu itu, berkerja keras untuk membesarkan kami.Selalu aku berkata didalam hati, aku akan pastikan ibu hidup dalam keceriaan apabila aku dan adik adik sudah berkerja nanti.Cukup masa untuk dia berihat.


Aku belajar bersungguh sungguh dalam suasana kehidupan yang sempit.Ingin berjaya dalam hidup.Ingin membantu ibu untuk meringankan tanggung jawabnya.Membantu adik adik yang lain.Aku melanjutkan pelajaraan kesebuah university diselatan tanah air.Meninggalkan ibu dan adik adik dikampong.Masih aku ingat kata kata ibu sebelum aku melangkah pergi.Ibu menasihatkan aku agar belajar bersungguh sungguh.Dia menyuruh aku agar sentiasa ingat akan kesusahan keluarga kami.Aku memeluknya dalam tangisan saat itu.Terlalu sedih.Aku berjanji akan buat yang terbaik.


Kehidupan aku sebagai pelajar diteruskan juga.Pada tahun akhir aku belajar, pihak university telah membuat satu aktiviti luar.Berkayak dikawasan Selat Tebrau.Pertama kali aku terlibat dengan aktiviti berkayak.Takut dan cemas, disebabkan aku tak pandai berenang.Nasib aku kurang baik.Kayak aku terbalik waktu sabuah bot yang berlalu dan alunan ombaknya membuatkan kayak aku tak stabil.Aku panik dan lupa apa yang telah berlaku.Aku lemas.Sedar tak sedar, aku dah berada di Hospital Ampuan Aminah.Badan lesu dan lemah.Aku diberitahu oleh kawan kawan aku.Aku diselamatkan oleh saorang pelajar lelaki.Hakim namanya.Petang itu Hakim datang melawat aku.Dibawanya sadikit buah tangan.Kami berkenalan dan aku mengucapkan ribuan terima kasih.Aku berhutang nyawa padanya.Hakim saorang yang pendiam dan warak.Dia berasal dari Pontian Johor.


Hubungan aku dan Hakim makin rapat.Bagaikan sepasang kekasih.Sebelum ini aku dah berjanji pada diri aku, tak akan membabitkan diri dengan cinta.Bercinta saat aku tengah belajar.Apakan daya, cinta datang tanpa aku dapat hindari.Aku jatuh cinta dan sayang dengan Hakim.Itu semua tanpa pengetahuan ibu.Aku tak sampai hati untuk menceritakan kepadanya.Salepas tamat pengajian, aku berkerja dengan kerajaan disebuah Bandar diMelaka.Hakim berkerja di Port Dickson.Hubungan kami diteruskan.Jarang kami bertemu.Aku menitis airmata apabila dia berkata yang dia ingin mengambil aku sebagai saorang isteri dalam masa dua tahun lagi.Dia sedang mengumpul duit.Hidup keluarga kami agak selesa apabila aku dah mula berkerja.Setiap bulan aku bagi seribu untuk ibu.Untuk simpanan diTabung Haji.


Pada satu hari. aku dipanggil oleh ibu.Diberitahu ada saorang saudara ibu ingin meminang aku.Namanya Amir.Dia berkerja diTerengganu sebagai saorang jurutera.Terkedu bila aku dengar tentang itu.Jadi serba salah.Diterima atau pun tidak.Terfikir, apa kata Hakim nanti.Aku bagi ibu tiga hari untuk membuat keputusan.Keputusan untuk masa depan aku.Aku buntu.Esoknya aku talipon Hakim.Terangkan apa yang terjadi.Dia terkejut dan terdiam.kata akhir yang aku dengar darinya.Menyuruh aku ikut sahaja permintaan ibu.Sempat dia berdoa agar perkahwinan aku nanti berbahagia.Selepas dari itu, dia terus menhilang.Tiada kabar berita.Mungkin membawa diri dalam kelukaan.Aku betul betul rasa bersalah.Aku terpaksa mengikuti kata ibu.Aku tak hendak ibu terluka.Ibu yang telah bersusah payah memelihara aku dari kecil.


Enam bulam selepas itu aku melangsungkan perkahwinan dengan Amir.Tanpa cinta.Tiada kemesraan antara kami.Dari malam pertama dan seterusnya, Amir tak menyentuh aku.Enam bulan kami berkawin, dia tak pernah pulang kerumah aku diMelaka.Aku masih lagi perawan.Hanya sesekali dia menalipon aku untuk bertanya kabar.Seminggu selepas itu, aku dapat berita dari ibu, sambil menangis tersedu sedu.Memberitahu yang Amir akan menceraikan aku.Sebenarnya, dia tak suka dengan perkahwinan kami.Dia dah ada kekasih lain sebelum berkahwin dengan aku.Dia turuti kerana desakan ibunya.Selepas proses penceraian.Jadilah aku saorang yang dipanggil janda.Masih muda.


Dua tahun aku menjadi janda.Ibu pun dah tak menorah getah lagi.Adik aku yang kedua dah bekerja.Hidup kami makin selesa.Ramai lelaki yang menaruh hati dekat aku.Aku sudah tak berminat lagi untuk bercinta.Biarlah cinta aku dengan Hakim, cinta pertama dan terakhir.Aku sering merindui Hakim.Tertanya tanya bagaimanakah keadaan dia sekarang.Sedih dengan apa yang terjadi padanya.


Satu hari ibu panggil aku dan beritahu, ada saorang nak merisik aku.Sambil berkata yang ibu ingin sekali aku berkahwin buat kali kedua.Inginkan cucu.Aku tak berkata apa apa.Hanya beritahu yang aku rela dengan apa pun suruhan ibu.Tak sampai hati aku nak melukakan hati ibu.Seminggu selepas itu datanglah keluarga sebelah lelaki merisik.Semuanya bersetuju yang aku akan berkahwin tiga bulan lagi.Aku tak membantah.Dua soalan sahaja yang aku tanya pada ibu.Siapa nama lelaki itu dan umur dia berapa.Aku diberitahu, lelaki itu bernama Mohd Akmal.Umur sebaya dengan aku.Tertanya tanya, apakah kelebihan aku yang buat dia berkenan pada diri aku ini.Kali kedua aku berkahwin dengan orang yang aku tak kenali.Aku serahkan semuanya pada takdir.


Pada hari pernikahan aku, ramai saudara mara yang datang walaupun majlis tidak dibuat dengan besar besaran.Upacara pernikahan itu berlangsung dirumah aku selepas waktu Isyak.Aku berpakai serba putih menunggu didalam bilik untuk upacara batal air sembayang selepas akad nikah nanti.Kedengaran tetamu dan pengantin lelaki dah tiba.Maka bermulalah upacara akad nikah.Terdengar Pak Imam mengajar bakal suami aku cara cara akad nikah nanti.bila.Terkejut aku bila dengar lafaz nikad yang diucapkan oleh bakal suami aku.Suaranya macam aku pernah dengar.selepas lafaz nikah, pengantin lelaki masuk kedalam bilik untuk meyarung cincin.Aku terasa macam nak pengsan bila melihat wajah suami aku.Pengantin lelaki itu adalah Hakim.Nama penuhnya Mohd Akmal Hakim.Baru aku tahu nama penuh suami aku.Langsung dia berbisik pada aku “ Kau lah cinta pertama dan terakhir bagiku sayang” sambil mencium pipi aku.Bagitu juga dengan aku, itulah cinta pertama dan terakhirku.


rintihan hati yang terluka

Duduk terdiam dan termangu yang ku lakukan

Hanya linangan air mata yang kurasakan

Hati terasa tersayat belati cinta

Begitu perih dan menyakitkan...



Kenapa baru sekarang aku merasakan?

Setelah hatiku merasa kebahagian

Begitu senang dan ingin terbang rasanya

Hingga aku lupa siapa aku sebenarnya!!!






Aku ingin sekali mengutuk dirinya

Karena dia berani membuat hatiku terluka

Cukup sekali ini saja aku merasakannya kejamnya percintaan.

Dan aku ingin sekali melihat dia terluka dan tersiksa oleh kejamnya cinta....



\\\"Agar dia juga meraskan,apa yang telah aku rasakan saat ini\\\"

Mencintai dengan sepenuh hatiku

Seluruh jiwa dan ragaku,tlah ku serahkn untukmu

Hanya tinggal rasa dan kulitku saja yang tersisa



Begitu besar cintaku padamu

Hanya hitungan hari aku berhubungan denganmu

diselembar kertas kita tlah mengukir mimpiBegitu indah mimpi itu bagiku

Sehingga begitu sulit untuk aku lupakan.



Kau menanam benih-benih cinta di hatiku

Mereka semua,tumbuh subur tanah perasaanku

Namun semua tlah layu karena perubahan dirimu

Karena hanya hujan air mata yang slalu menyiraminya



Sehingga mereka enggan untuk tumbuh lagi!!

Karena yang mereka harapkan adalah hujan kasih sayang,bukan hujan air mata!!

Aku sadari,memang sikapmu kini tlah berubah!!

Dulu hatiku secerah pagi dan seindah malam



Tapi kini tinggallah malam yang tak berbintang.

Setelah kau pergi dari hatiku,

Aku gak tau kau akan tau isi hatiku!!!!

Apakah seperti itu rasa cinta sesaat????


cool lelaki kulit hitam menyanyi lagu korean..layan.. peace :)


layan best gak.. huhuhu

ada pelik ade yang mengarut.. peace:)

hai semua ni aku nk share tp betul ke x aku x sure.. hehe.. it just for fun ok.. jgn marah... layan..:)
















Azfa hanani

Takut:


Ketika rakan-rakannya menumpukan perhatian terhadap pembelajaran Kimia, Azfa Hanani diburu rasa takut sekiranya namanya dipanggil pengetua kerana mencuri buku dari perpustakaan. Padanya, dia bukan bertujuan untuk mencuri sebaliknya hanya "meminjam" untuk mengulang kaji pelajaran kerana tidak mampu untuk membeli buku rujukan tersebut. Dia takut dibuang sekolah kerana perbuatannya mencuri, sekali gus namanya akan tercemar. Semua terjadi disebabkan kemiskinan keluarga pak long yang memeliharanya sejak kedua-dua ibu dan bapanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Dia semakin takut apabila pengetua mahu menemuinya.



Siapa Mereka?:



Di bilik pengetua, terdapat tetamu yang begitu asing baginya, iaitu Tengku Mazran, Syafinaz dan Syarifah Rozan. Mereka memberitahu dirinya kembar seiras Tengku Murni, seorang remaja yang meninggal dunia dalam suatu kemalangan empat bulan lalu. Tengku Mazran dan Syafinaz memberitahu bahawa dia berkunjung ke rumah Syarifah Rozan semalam dan ternampak gambarnya dalam album. Gambarnya seiras wajah adiknya, Tengku Murni. Azfa Hanani ditawarkan menjadi anak emas keluarga kaya dan menyamar sebagai Tengku Murni kerana wajah mereka seiras, umpama kembar.

Datin Maziah tidak dapat menerima hakikat bahawa anak gadis tunggalnya telah meninggal dunia. Dia menuduh anak-anak lelakinya telah melarikan Tengku Murni. Oleh sebab itu, mereka bercadang untuk mengambil Azfa Hanani menggantikan Tengku Murni bagi menenangkan hati Datin Maziah. Azfa Hanani agak risau untuk menerima tawaran itu walaupun dijanjikan dengan pelbagai kemewahan. Namun begitu, dia akan mencuba jika diizinkan oleh pak long dan mak longnya.

Kerana Terdesak:

Tengku Mazran dan Syafinaz yang ditemani oleh Abang Norman dan Pak Haji Arshad tiba di rumah pak long untuk berbincang dengan pak long dan mak long. Pak Haji Arshad menjadi orang tengah dalam perbincangan itu. Tengku Mazran menceritakan kemalangan yang menimpa adiknya, Tengku Murni. Menurut Tengku Mazran, apabila ibunya, Datin Maziah tersedar daripada koma, yang ditanya ialah Tengku Murni. Puas mereka berdalih dengan mengatakan Tengku Murni mengikuti program pertukaran pelajar di Jepun. Dia tidak mampu berterusan menipu dan tidak mahu ibunya menghadapi tekanan jiwa. Tengku Mazran meminta keizinan pak long dan mak long untuk membawa Azfa Hanani ke Kuala Lumpur. Sebagai balasan, sekiranya Azfa Hanani mahu menggantikan tempat "Tengku Murni", kos perubatan anak pak longnya, Zuraini yang hampir lumpuh akan ditanggung. Azfa Hanani berfikir, sekiranya dia masih kekal di Sekolah Menengah Sri Dian, dia akan dibuang sekolah kerana mencuri buku di perpustakaan. Selain itu, bila-bila masa sahaja pak longnya akan memberhentikan persekolahannya kerana kesempitan hidup. Setelah memikirkan masalah dirinya dan penyakit Zuraini boleh disembuhkan, akhirnya dia menerima tawaran Tengku Mazran.




Seawal Kehadiran:

Di Hotel Universe, Tengku Mazran dan isterinya, Syafinaz mengajar cara-cara bertutur, makan dan bergaul dengan Datin Maziah. Apabila tiba di banglo yang dimaksudkan, dia dibawa ke bilik Tengku Murni ketika hayatnya dahulu. Tengku Mazran dan Syafinaz memujuk Azfa Hanani akan sikap kasar Tengku Muzaffar yang mengungkapkan kata-kata menyakitkan hatinya. Azfa Hanani kemudian berehat di dalam bilik itu. Ketika itu, dia teringat akan kata-kata Nordin sebelum dia bertolak ke sini, bahawa bukan dia yang dituduh mencuri buku, sebaliknya yang mencari beberapa orang pelajar lelaki. Apabila Datin Maziah sudah terjaga daripada tidur, Azfa Hanani dibawa bertemu. Dia mengikut arahan seperti yang diajar oleh Tengku Mazran dan Syafinaz.


Sebagai Murid Baharu:

Azfa Hanani dihantar belajar di Sekolah Menengah Taman Sari. Di sekolah itu, dia berkenalan dengan saudara dua pupu Tengku Murni, iaitu Tengku Ellina. Dia juga berkenalan dengan rakan-rakan Tengku Murni yang lain seperti Adriani, Ekran, selain 'musuh' Tengku Murni, iaitu Laili, Syafikah, dan Fauziana yang dipanggil Budak Glamor. Tengku Ellina menyatakan kehairanannya kerana sehingga kini kad pengenalan, kad ATM dan dompet Tengku Murni belum ditemukan lagi.



Imbalan Budi:

Sekembalinya Azfa Hanani dari sekolah, dia telah disambut oleh Datin Maziah. Dia makan bersama-sama dengan Datin Maziah dan Kak Finaz. Dia kekok makan menggunakan sudu dan garpu. Azfa Hanani bertanyakan tentang dompet Tengku Murni yang hilang itu kepada Kak Finaz. Kak Finaz menyatakan mungkin dompet itu telah diambil orang. Azfa Hanani bimbang rahsianya terbongkar. Kak Finaz meyakinkannya bahawa mayat yang dikebumikan itu memang mayat Tengku Murni. Di dalam bilik, Azfa Hanani menemukan diari Tengku Murni dan dibaca diari itu untuk mengetahui peribadi Tengku Murni.

Tengku Datuk Makmur datang menemui Azfa Hanani di biliknya. Dia akan membayar RM500 sebulan kepada Azfa Hanani sebagai upah kerana menyamar sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani tidak menyangka budinya akan dibalas dengan wang ringgit. Namun dia terpaksa menerima wang itu demi membantu pak long di kampung.


Kerenah Laili:

Azfa Hanani ke sekolah untuk menghadiri majlis perjumpaan pelajar tingkatan 5 bagi membincangkan projek Hari Sumbangsih. Program yang diatur meliputi pasar ria, kejohanan sukan terbuka, dan pameran. Pada tahun lalu program tersebut telah berjaya mengumpul wang sebanyak RM 16 ribu. Laili tidak berpuas hati dan mendakwa kononnya terdapat ketidakadilan dalam pengagihan slot. Dia tidak berpuas hati kerana tidak diberikan slot mengendalikan Malam Bakat Sumbangsih. Laili turut mempertikaikan kejujuran dan keikhlasan jawatankuasa yang terlibat. Dakwaan Laili dibantah oleh Ekran dengan menjelaskan bahawa agihan slot dibuat melalui undian. Setiap ketua tingkatan mengambil bahagian dalam undian tersebut dan seharusnya soal ketidakadilan tidak sepatutnya ditimbulkan.


Tertanya-tanya:Azfa Hanani tertanya-tanya mengapa dia tidak dapat berbual panjang dengan Ekran. Lidahnya menjadi kelu kala berhadapan dengan Ekran. Dia juga tertanya-tanya mengapa Ekran menjual burger berhampiran dengan Plaza Cahaya sedangkan gayanya tidak membayangkan kesusahan hidupnya. Di perpustakaan, Fauziana dan Syafikah menawarkan Azfa Hanani sebagai pengacara Malam Bakat Sumbangsih kerana suaranya sesuai. Azfa Hanani tahu bahawa majlis itu diuruskan oleh pelajar Tingkatan 5 Sastera II, jadi dia menganggap tidak perlu masuk campur. Azfa Hanani menolak dengan baik kerana menyedari niat mereka tidak ikhlas. Penolakannya itu membuatkan mereka begitu marah.


Ekran:Azfa Hanani mengikuti kelas bahasa Inggeris dan bahasa Jepun di Institut Lingua Franca. Dia pergi ke Institut untuk meminjam beberapa buah buku. Sebenarnya dia cuma beralasan untuk keluar rumah. Hasrat hatinya adalah untuk menemui Ekran. Ketika berada di tempat tersebut, Iskandar mahu menghantarnya pulang dengan menaiki motorsikal. Azfa Hanani menolak kerana dia tidak mengenali lelaki itu. Azfa Hanani berpeluang bertemu Ekran yang menjual burger pada hari itu.Ekran menjelaskan minatnya untuk menjadi akauntan.


Meluah Rasa:Azfa Hanani meluahkan perasaannya kepada Ekran dan menjelaskan bahawa dia bukan Tengku Murni. Dia hanya seorang budak kampung yang hidup dalam serba kekurangan. Dia bukan anak manja Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah. Azfa Hanani hanya menyamar sebagai Tengku Murni untuk memenuhi janjinya kepada Abang Mazran dan Kak Finaz. Dia juga menerima tawaran mereka kerana tidak mahu keciciran dalam pelajaran. Selain itu dia ingin membalas budi pak long dan mak longnya. Abang Mazran dan Kak Finaz telah berjanji untuk menanggung segala kos rawatan Zuraini yang lumpuh.


Bukan Dirancang:Azfa Hanani tidak merancang untuk ke rumah Tengku Ellina. Tengku Ellina mengajaknya ke rumah kerana pasukan Forum Remaja Sekolah Menengah Taman Sari akan mengadakan sesi perbincangan dan latihan. Datin Maziah memberikan persetujuan akan hasrat Azfa Hanani ke rumah rakannya, Tengku Ellina. Azfa Hanani berasa bersalah kerana berbohong kepada Datin Maziah. Datin Maziah mengingatkan Azfa Hanani agar memberikan fokus terhadap SPM supaya memperoleh keputusan cemerlang seperti "abang-abangnya". Tengku Muzaffar menghantar Azfa Hanani dengan menaiki motosikal berkuasa tinggi. Setibanya di rumah Tengku Ellina, rakan-rakannya telah sedia menunggu. Tengku Ellina meminta Azfa Hanani menggantikan tempatnya sebentar sebagai Pengerusi Forum Remaja, sementara dia mengendalikan mesyuarat sekretariat pameran luar untuk Hari Sumbangsih. Setelah ahli-ahli pasukan Forum Remaja melihat kepetahan dan kelancaran Azfa Hanani sebagai pengerusi, mereka memutuskan bahawa Azfa Hanani akan kekal mempengerusikan Forum Remaja.


Melulu:Pertandingan Forum Remaja yang akan diadakan di dewan besar sekolah bakal berlangsung sebentar lagi. Azfa Hanani membuat persiapan; memakai tali leher dan menghafal skrip. Azfa Hanani mendapat khabar gerai burger Ekran telah dibakar orang menyebabkan dia bergegas ke bilik persatuan untuk mendapatkan penjelasan daripada Ekran. Ekran tidak ditemui sebaliknya dia bertemu dengan Laili yang tidak berpuas hati akan sikapnya menarik diri sebagai pengacara Malam Bakat Sumbangsih. Kata-kata menghina yang diucapkan Laili telah menggetarkan perasaan Azfa Hanani sebelum melangkah ke pertandingan Forum Remaja.


Hadiah Bererti:

Pasukan yang disertai oleh Azfa Hanani dalam pertandingan Forum Remaja telah berjaya menjadi johan dan Azfa Hanani diumumkan sebagai Pengerusi Forum Terbaik. Ramai yang memuji suara Azfa Hanani amat lunak dan sesuai menjadi pengacara televisyen. Seterusnya, Datin Maziah telah mengadakan majlis ulang tahun yang ke-17 untuk Tengku Murni. Azfa Hanani, walaupun mengambil peranan sebagai Tengku Murni, tetapi berasa terharu kerana diraikan dalam majlis yang begitu meriah. Ekran datang lewat dan hanya menyerahkan hadiah melalui pintu pagar rumah. Azfa Hanani meluahkan perasaan rindunya terhadap pak long sekeluarga di kampung kepada Abang Mazran. Abang Mazran berjanji akan membawa Azfa Hanani pulang bertemu dengan keluarganya di kampung. Abang Mazran juga meminjamkan telefon bimbitnya kepada Azfa Hanani agar dia dapat menghubungi kawan-kawannya di kampung.


Misteri Yang Tersimpan:Azfa Hanani memanfaatkan sepenuhnya peluang yang diberikan oleh Abang Mazran untuk menghubungi rakan-rakannya di kampung. Azfa Hanani mengimbau perbualannya dengan rakan-rakan sekampungnya, Falina dan Aini. Kak Finaz memberitahu Azfa Hanani bahawa Abang Mazran bersetuju untuk memasang talian telefon di rumah pak long. Abang Mazran juga akan membelikan Azfa Hanani telefon bimbit yang baharu. Azfa Hanani membuka hadiah yang diberikan oleh Ekran. Azfa Hanani terkejut apabila mendapati hadiah itu berupa dompet milik arwah Tengku Murni dan di dalamnya terdapat sejumlah wang, beberapa keping kad, dan sehelai kertas catatan.


Kunjungan Mengejut:Azfa Hanani menyuarakan hasratnya kepada Kak Finaz untuk menyambut kepulangan pak long dan Zuraini daripada menjalani rawatan di Indonesia. Kak Finaz berjanji untuk membawa Azfa Hanani pulang ke kampung semasa cuti semester pertama nanti. Sekembalinya daripada mengikuti kelas bahasa di Institut Lingua Franca, Azfa Hanani terkejut melihat pak long dan Zuraini berada di rumah Datin Maziah. Kerinduan Azfa Hanani terubat kerana dapat berbual-bual dengan pak long dan Zuraini. Menurut Zuraini, Tengku Datuk Makmur seakan-akan sudah mengenali keluarga mereka sebelum ini.


Hari Sumbangsih:Hari ini berlangsungnya Hari Sumbangsih di Sekolah Menengah Taman Sari. Sambutan Hari Sumbangsih pada tahun ini lebih meriah. Ekran yang menjadi pengerusi persatuan pelajar tingkatan lima sibuk mengendalikan program sempena Hari Sumbangsih. Ada khabar angin yang mengatakan bahawa Malam Bakat Sumbangsih akan dipulaukan oleh pelajar yang tidak berpuas hati. Azfa Hanani mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan Ekran di bilik persatuan. Azfa Hanani mendesak Ekran untuk berterus-terang tentang punca dia menjauhkan diri daripadanya. Akhirnya Ekran membuat pengakuan yang mengejutkan. Ekran mengakui mempunyai hubungan istimewa dengan Tengku Murni. Namun hubungan itu terpaksa diputuskan atas sebab-sebab tertentu. Pada pertemuan terakhir sebelum kemalangan itu, dompet Tengku Murni tertinggal dan dia menyimpan dompet tersebut.


Terusir:Azfa Hanani masih lagi tertanya-tanya tentang hubungan antara Ekran dengan Tengku Murni. Azfa Hanani membuat tekaan bahawa Datin Maziahlah punca hubungan Tengku Murni dengan Ekran terputus. Dengan menggunakan teknik yang tertentu, Azfa Hanani berjaya membaca rahsia yang terkandung di dalam diari Tengku Murni. Azfa Hanani lantas bersemuka dengan Tengku Muzaffar untuk mendapatkan kepastian. Tengku Muzaffarlah rupa-rupanya yang menjadi dalang yang merosakkan hubungan yang terjalin antara Tengku Murni dengan Ekran. Tengku Muzaffar memberitahu bahawa dia menghalang hubungan antara Tengku Murni dengan Ekran kerana ingin menjaga nama baik keluarga disebabkan Ekran daripada keluarga miskin. Azfa Hanani berasa terhina kerana dirinya juga daripada keluarga miskin. Azfa Hanani tidak berpuas hati kerana kini Tengku Muzaffar melarangnya berkawan dengan Ekran pula. Akhirnya berlakulah pertengkaran antara mereka dan didengari pula oleh Datin Maziah. Datin Maziah amat marah apabila mendapati Azfa Hanani selama ini menyamar sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani ditampar, kemudian dihalau keluar dari rumah itu.


Hakikat:Azfa Hanani mahu terus pulang ke kampung, tetapi Tengku Muzaffar meletakkan Azfa Hanani di rumah Tengku Ellina. Akhirnya, Azfa Hanani dapat kembali tinggal di rumah pak longnya di Kampung Merpati. Namun, pak long dan mak longnya masih belum mengetahui bahawa Azfa Hanani sebenarnya telah diusir keluar dari rumah Datin Maziah. Sebelum ini, Abang Mazran dan Kak Finaz berjanji untuk memujuk Datin Maziah untuk menerima Azfa Hanani kembali. Namun, Azfa Hanani telah membuat keputusan untuk terus tinggal di kampung. Azfa Hanani terkejut apabila keluarga Tengku Datuk Makmur datang mencarinya di kampung. Akhirnya terbongkar rahsia apabila Tengku Datuk Makmur menceritakan bahawa dialah yang telah melanggar teksi yang dinaiki oleh Azfa Hanani sekeluarga sehingga mengakibatkan kematian ibu dan bapa Azfa Hanani. Datin Maziah tidak sampai hati apabila melihat Azfa Hanani yang ketika itu masih bayi menangis kelaparan lalu menyusuinya. Selama 16 tahun, Tengku Datuk Makmur berusaha untuk menjejaki Azfa Hanani. Pencariannya berhasil setelah berbual-bual dengan pak long yang kebetulan berkunjung ke rumahnya sekembalinya daripada menemani anaknya, Zuraini yang mendapatkan rawatan di Indonesia.


Segala-galanya Berakhir:Azfa Hanani kembali tinggal di banglo Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah. Kali ini dia mahu dikenali dengan identiti sebenar, bukan sebagai Tengku Murni lagi. Tengku Muzaffar pula semakin mendekatkan diri dengan agama. Aktiviti Hari Sumbangsih telah berjaya mengumpul sebanyak RM16,655.00. Syafikah dan Fauzana bersikap baik terhadap Azfa Hanani. Motosikal yang ditunggang oleh Iskandar terlibat dalam kemalangan jalan raya dan Iskandar telah terbunuh. Manakala Laili yang membonceng motosikal tersebut telah cedera parah dan kini di wad ICU.Pasukan yang menyertai Forum Remaja telah menjadi johan peringkat negeri dan Azfa Hanani telah diumumkan sebagai Pengerusi Forum Terbaik. Pada suatu hari, Azfa Hanani menaiki teksi ke rumah Ekran. Ketika Azfa Hanani tiba, dia melihat Tengku Muzaffar sedang membantu Ekran menyiapkan sebuah gerai. Akhirnya Azfa Hanani mengetahui kedudukan perkara yang sebenar iaitu, Tengku Muzaffarlah yang membakar gerai burger Ekran. Sementara itu, Ekran bukanlah daripada keluarga yang susah. Ayah dan ibuny bekerja sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia yang kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat doktor falsafah di Amerika Syarikat. Adik-adik perempuannya ikut serta manakala adik lelakinya menuntut di sebuah sekolah asrama penuh. Dia selesa tinggal dengan datuk dan neneknya.


petikan dari novel Azfa hanani...


cerita sedih

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.


Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.


“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.


Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.


“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.


“Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”


Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.


Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..


‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.


“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”


“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”


“Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”


“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”


“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”


“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “


“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”


“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.”


“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”


“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”


Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.


“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”


Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.


Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..:)


karna bayangmu..

Saat embun pagi tersempuh waktu

Desir angin hembuskan raga ku

Berjuta warna hempaskan hati ku

Rapuh lenyapkan angan ku

Hingga ku telan setetes air mata

Yang tak mampu hempaskan sedih ku

Menyusup raga,mengoyak jiwa ku

Hilangkan pikiran indah tentang mu

Dari jauh ku telan semua rindu ku

Ku simpan di sudut hati kudan hanya ku berikan untuk mu

Sebagai penawar rindu ku



Ku coba untuk melangkah

Menjauh dari hidup mu

Hingga derita yang ku dapat

Tambahkan lagi luka di hati ku

Kau tak mampuBiarkan ku melangkah pergi

Karena bayang muselalu mengikuti kemana ku berlari


Jasad pelajar Malaysia diterbang pulang esok

JAKARTA: Jasad Theven Adrian Joseph, pelajar Malaysia dari universiti Brawijaya, Malang, Jawa Timur, akan diterbangkan pulang ke tanah air petang esok dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda Surabaya.

Atase Pendidikan Education Malaysia (EM) di Indonesia, Ludinata Misnun, berkata jasad pelajar itu akan dihantar pulang dengan pesawat Penerbangan Malaysia MH872 yang dijadual berlepas pada 6.55 petang dan dijangka tiba di KLIA pada 10.30 malam.
Beliau berkata, mayat Theven Adrian diserahkan kepada pihak keluarga di Graha Medika, Universiti Brawijaya petang ini.
"Pihak keluarga menolak untuk dilakukan bedah siasat dan pihak hospital hanya menyatakan kematian beliau sebagai kematian mengejut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Theven Adrian meninggal dunia pada kira-kira 8 malam tadi di Hospital Islam Dinoyo, Malang.

Sebelum itu, pelajar berkenaan yang dipercayai mengalami kekejangan dan serangan sawan, dikejarkan ke hospital dan diberi bantuan bantuan CPR serta bantuan penafasan melalui mesin tetapi beliau tidak dapat diselamatkan.

Theven Adrian, 20, penuntut tahun satu Fakulti Perubatan Universiti Brawijaya yang berasal dari Subang Jaya, Selangor, adalah pelajar Malaysia yang kedua dari universiti itu yang meninggal dunia dalam masa tidak sampai sebulan ini.
Pada 7 November lalu, pelajar Malaysia, Adrian Jay Pereira, juga penuntut Fakulti Perubatan di Universiti Brawijaya, Malang, maut selepas ditetak dengan senjata tajam dilehernya oleh seorang penyerang ketika cuba menghalang lelaki itu daripada mencuri motosikalnya di bandar Malang.

Pihak polis masih menyiasat kes pembunuhan itu.

Seramai 161 pelajar Malaysia sedang menuntut di Universiti Brawijaya, daripada sejumlah 173 pelajar Malaysia yang belajar di institusi pengajian tinggi di Malang. - BERNAMA

cara mengatasi masalah senggugut

Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita. Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut.

  1. Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun. Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut. Ini adalah pengalaman saya.
  2. Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut, tapi saya amalkan minum air suam. Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.
  3. Melakukan senaman seperti lompat bintang, pasak bumi, dan hula-hoop sebanyak mana yg mampu. Ini diyakini dapat meregangkan sel-sel malas dan menguatkan kepala lutut.
cara ini bagi aku berkesan la.. tp bagi korng aku x sure.. so kena la try n error.. hehehehe.. peace..:)